Kemah Budaya Serumpun II Indonesia Malaysia dan Brunei telah berlansung di Bumi Perkhemahan Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat pada 14 hingga 18 Disember 2010. Kontijen Johor telah menghantar seramai 8 orang pemimpin dan 13 ahli Pengakap. Pelbagai aktiviti kepengakapan, lawatan dan kebudayaan memeriahkan perkhemahan ini. Antara yang menarik perhatian ialah acara makan bersaprah (budaya tarub), pentas budaya, pasar pramuka, kegiatan penjelajahan (outbound), lawatan istana(wisata), membina kerajinan tangan, lomba sampan, permainan tradisional, api unggun dan bakhti sosial (tanam pokok). Selain itu kontijen Johor diberi penghormatan untuk menyediakan juadah nasi brayni gam untuk para jemputan perkhemahan di rumah Wakil Bupati Sambas. Para peserta dapat menyelesaikan aktiviti perkhemahan ini dengan baik tanpa sebarang masalah.
|
Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia |
|
Ahli Kontijen Johor |
|
Para Pemimpin |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan