09 Ogos 2010

JOTA Asia Pasific Region 2010

JOTA merupakan program pendidikan di mana pengakap seluruh dunia berhubungan antara satu sama lain menggunakan radio amatur. Peserta di stesen 9M4SJJ telah dapat berhubung dengan 51 stesen lain di seluruh dunia antaranya dari German, USA, Itali, Rusia, Serbia, India dan Finland. Murid telah diberi pendedahan berkaitan komunikasi dan memperolehi maklumat melalui perhubungan radio yang secara tidak lansung meningkatkan sahsiah dan pengetahuan murid

Peserta diberi taklimat oleh Station Master berkaitan komunikasi radio amatur

Peserta berlatih sebelum diuji kecekapan berkomunikasi 2 hala menggunakan set VHF

Peserta diberi peluang untuk membuat ‘contact’ dengan pengakap lain di seluruh dunia menggunakan set HF dibawah pemantauan Station Master

Perasmian penutup oleh Tuan Hj. Yaacob Bin A. Karim, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor

Set radio yang digunakan