18 Februari 2011

Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah & Ketua Unit Kokurikulum

Salam 1 Malaysia buat semua,

Pihak Sekolah akan menganjurkan satu Kursus Kepimpinan untuk kepimpinan murid SKTKK2. Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan penyertaan ahli PKK terutamanya Ahli Majlis Pek dan Ahli Majlis Sekawan di dalam kursus ini. Pihak Majlis Kumpulan akan cuba mencari penajaan sebanyak RM5.00 seorang khas untuk ahli Pengakap yang membayar yuran sahaja. Ahli Majlis Pek sila berhubung dengan saya segera.

11 Februari 2011

Perjumpaan PKK Tahun 6 untuk Pelajaran 1

Perjumpaan PKK Tahun 6 akan di adakan pada 12 Feb 2011 (Sabtu) selepas Larian Mahkota di Bilik Tayang. Ahli PKK sila bawa buku log & yuran bagi yang belum menjelaskan.

10 Februari 2011

Laporan Perjumpaan ke-2


Tarikh :           09 Februari 2011 (Rabu)
Masa  :           1.10 – 2.10 petang
Tempat :         Dewan Terbuka SKTKK2

Kehadiran Pemimpin :
1. Mohd Afiq bin Imam
2. Yusof bin Abu
3. Azahar bin Ismail
4. Syafawati binti Kasim
5. Mohd Farhan bin Brohan
6. Baharudin bin Bahari
Pemimpin Tidak Hadir :
-
Perjumpaan kali :
Kedua (2)
Minggu ke :
Enam (6)
Jumlah kehadiran ahli:
                   72   /161 orang PKK
Laporan Mesyuarat:
1.    Nyanyian Lagu PPM
2.    Ucapan Pemimpin
a.    Kehadiran
b.    Buku Log

3.    Aktiviti
a.    Pelajaran 1 : Persetiaan Pengakap
b.    Latihan Kawad Kaki untuk Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah

4.    Lain-Lain Hal
a.    Peringatan menyegerakan bayaran yuran
b.    Penyediaan Buku log
c.    Maklumat terkini di papan kenyataan Pengakap dan laman web
d.    Tahniah kepada ahli yang semakin ramai memakai uniform Pengakap

5.    Nyanyian lagu-lagu pengakap
6.    Bersurai


LAGU KODOK NGOROK

 
KODOK NGOROK ROKOTOK-ROKOTOK
DI PINGGIR KALI RIKITIK RIKITIK
IA JATUH ROKOTOK ROKOTOK
LALU MATI RIKITIK RIKITIK 

01 Februari 2011

Majlis Perasmian HiCAMP UTM 2011

Pada 28 Januari 2011 (Jumaat) telah berlansung Perasmian 3rd Higher Institution Camping (Hicamp3) di UTM Skudai. Majlis telah dirasmikan oleh Prof Datuk Dr. Mohd. Tajudin bin Hj. Ninggal, TNC HEM & Alumni UTM pada jam 9.30 malam. Hicamp3 disertai oleh 150 orang Pengakap Muda dan Pengakap Remaja daripada Daerah Kulaijaya, Johor Bahru, Kota Tinggi serta Pontian. Tujuan Hicamp3 adalah untuk mendedahkan para peserta kepada idea perkhemahan alaf baru dan mempromosi kehidupan menara gading para mahasiswa kepada peserta serta peluang-peluang yang ada di peringkat universiti. Hicamp3 berlansung selama 4 hari 3 malam sehingga 30 Januari 2011. Diharapkan Hicamp dapat diteruskan dan penganjurannya dapat dipertingkatkan demi manfaat semua.

Background yang cantik

Pengarah Hicamp3, Pesuruhjaya KLKM UTM, DC Kulaijaya, wakil peserta (hari lahir) dan TNC UTM

TNC UTM bersama para pemimpin dan peserta