01 Februari 2011

Majlis Perasmian HiCAMP UTM 2011

Pada 28 Januari 2011 (Jumaat) telah berlansung Perasmian 3rd Higher Institution Camping (Hicamp3) di UTM Skudai. Majlis telah dirasmikan oleh Prof Datuk Dr. Mohd. Tajudin bin Hj. Ninggal, TNC HEM & Alumni UTM pada jam 9.30 malam. Hicamp3 disertai oleh 150 orang Pengakap Muda dan Pengakap Remaja daripada Daerah Kulaijaya, Johor Bahru, Kota Tinggi serta Pontian. Tujuan Hicamp3 adalah untuk mendedahkan para peserta kepada idea perkhemahan alaf baru dan mempromosi kehidupan menara gading para mahasiswa kepada peserta serta peluang-peluang yang ada di peringkat universiti. Hicamp3 berlansung selama 4 hari 3 malam sehingga 30 Januari 2011. Diharapkan Hicamp dapat diteruskan dan penganjurannya dapat dipertingkatkan demi manfaat semua.

Background yang cantik

Pengarah Hicamp3, Pesuruhjaya KLKM UTM, DC Kulaijaya, wakil peserta (hari lahir) dan TNC UTM

TNC UTM bersama para pemimpin dan peserta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan