LATIHAN

Lencana Keahlian

Sebelum seseorang boleh dilantik menjadi ahli Pengakap, dia perlulah mendapatkan Lencana Keahlian dengan cara diuji dalam pekara-pekara berikut:
1. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
2. Melafazkan Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap dengan Lancar
3. Mengetahui Lima Prinsip Rukunegara
4. Menunjukkan Hormat Pengakap dengan betul dan Menyatakan Cogankata Pengakap
5. Menyatakan sejarah Pergerakan Pengakap
6. Menceritakan Cerita Hutan dengan ringkas
7. Melakukan Laung Agung dengan betul


PELAJARAN KEAHLIAN 1: LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA & DUNIA
Lambang Pengakap Malaysia


Kelopak bermaksud
1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
2. Menolong orang pada setiap masa
3. Menurut undang-undang pengakap

Ketiga-tiga cabang ini diikat oleh satu ikatan yang melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli pengakap yang juga mengingatkan Pengakap supaya membuat kebajikan pada setiap masa.

Bintang pecah 14 melambangkan negeri-negeri di Malaysia.

Bulan sabit dan dua bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Warna pada logo melambangkan :
1. Merah – melambangkan keberanian
2. Kuning – melambangkan kedaulatan Raja dan Negara
3. Hijau – melambangkan warna rasmi Pengakap



Lambang Pengakap Dunia
Tiga kelopak bermaksud
i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
ii)Menolong orang pada setiap masa
iii)Menurut undang-undang pengakap

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan
- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan putih
- menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih
- melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

Warna 
- Ungu :kepimpinan 
- Warna putih :kesucian dan kebersihan.


 PELAJARAN KEAHLIAN 2: PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP

PERSETIAAN PENGAKAP

BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN BERSETIA YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA AKAN:
  • Taat kepada tuhan, raja dan negara
  • Menolong orang pada setiap masa
  • Menurut undang-undang pengakap
 

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

  • dipercayai
  • Taat
  • Berguna
  • Bersaudara
  • Berbudi
  • Kasihkan binatang
  • Menurut perintah
  • Tabah hati
  • Berjimat
  • Suci fikiran, PERKATAAN, PERBUATAN


 PELAJARAN KEAHLIAN 3: LIMA PRINSIP RUKUNEGARA


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:



  • Kepercayaan kepada Tuhan




  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara




  • Keluhuran Perlembagaan




  • Kedaulatan Undang-Undang




  • Kesopanan dan Kesusilaan








  •  PELAJARAN KEAHLIAN 4: HORMAT DAN COGANKATA PENGAKAP

    Cogankata Pengakap Kanak-kanak : Buat habis baik


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan