21 Januari 2011

Pelajaran Keahlian 2: Persetiaan & Undang-undang Pengakap


PERSETIAAN PENGAKAP

BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN BERSETIA YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA AKAN:
  • Taat kepada tuhan, raja dan negara
  • Menolong orang pada setiap masa
  • Menurut undang-undang pengakap
 

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

  • dipercayai
  • Taat
  • Berguna
  • Bersaudara
  • Berbudi
  • Kasihkan binatang
  • Menurut perintah
  • Tabah hati
  • Berjimat
  • Suci fikiran, PERKATAAN, PERBUATAN

Pelajaran Keahlian 1: Lambang Pengakap Malaysia dan Dunia

Lencana Keahlian

Sebelum seseorang boleh dilantik menjadi ahli Pengakap, dia perlulah mendapatkan Lencana Keahlian dengan cara diuji dalam pekara-pekara berikut:
1. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
2. Melafazkan Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap dengan Lancar
3. Mengetahui Lima Prinsip Rukunegara
4. Menunjukkan Hormat Pengakap dengan betul dan Menyatakan Cogankata Pengakap
5. Menyatakan sejarah Pergerakan Pengakap
6. Menceritakan Cerita Hutan dengan ringkas
7. Melakukan Laung Agung dengan betul

PELAJARAN KEAHLIAN 1: LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA & DUNIA
Lambang Pengakap Malaysia

Kelopak bermaksud
1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
2. Menolong orang pada setiap masa
3. Menurut undang-undang pengakap

Ketiga-tiga cabang ini diikat oleh satu ikatan yang melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli pengakap yang juga mengingatkan Pengakap supaya membuat kebajikan pada setiap masa.

Bintang pecah 14 melambangkan negeri-negeri di Malaysia.

Bulan sabit dan dua bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Warna pada logo melambangkan :
1. Merah – melambangkan keberanian
2. Kuning – melambangkan kedaulatan Raja dan Negara
3. Hijau – melambangkan warna rasmi Pengakap



Lambang Pengakap Dunia
Tiga kelopak bermaksud
i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
ii)Menolong orang pada setiap masa
iii)Menurut undang-undang pengakap

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan
- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan putih
- menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih
- melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

Warna ungu
- kepimpinan Warna putih
- kesucian dan kebersihan.

15 Januari 2011

Pendaftaran Ahli 2011

Merujuk Mesyuarat Agung 2011, Ahli PKK 49KJ dikehendaki:

1. Memulangkan Borang Pendaftaran bersama salinan Sijil Lahir dan yuran RM3.00 SEGERA!
2. Menyemak Puak, Sekawan dan Sarang anda di papan kenyataan
3. Memakai Uniform Pengakap pada setiap hari Rabu. Ahli yang ada mata pelajaran PJK dibenarkan pakai T-shirt Pengakap dan Skaf.
4. Menyediakan Buku Log kulit tebal (saiz seperti buku tulis sekolah) sekurang-kurangnya 200 muka surat.
5. Menghafal Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia

Mesyuarat Agung 2011

 
KUMPULAN PENGAKAP KANAK-KANAK KE-49 KULAIJAYA
SK TAMAN KOTA KULAI 2

Laporan Mesyuarat Agung Kali Pertama 2011

Tarikh :           12 Januari 2011 (Rabu)
Masa  :           1.10 – 2.10 petang
Tempat :         Dewan Terbuka SKTKK2

Kehadiran Pemimpin :
1. Mohd Afiq bin Imam
2. Baharudin bin Bahari
3. Ariff Hidayat bin Osman
4. Hjh Liza binti Harun
5. Syafawati binti Kasim (Pencatat minit sementara)
Pemimpin Tidak Hadir :
1.Yusof bin Abu (Kesihatan)

Perjumpaan kali :
Pertama (1)
Minggu ke :
Dua (2)
Jumlah kehadiran ahli:
                      /161 orang PKK
Laporan Mesyuarat:
1.    Nyanyian Lagu PPM & memperbaharui Persetiaan Pengakap
2.    Ucapan Ketua Pemimpin
3.    Pemilihan Ahli Majlis Pek (rujuk lampiran)
4.    Kewangan
a.    Yuran keahlian PPM ialah RM 3.00
b.    Cadangan yuran kumpulan setahun RM 2.00 dan disokong oleh semua PKK
5.    Aktiviti 2011
a.    Skim Latihan PKK
                                  i.    Ujian Lencana Keahlian
                                ii.    Ujian Lencana Wajib
                               iii.    Ujian Lencana Kemajuan Keris Gangsa
b.    Sambutan Hari Pengasas (Februari 2011)
c.    Korobori Kebangsaan Malaysia di Melaka (12-16 Mac)
d.    Jambori di Udara / Internet
                                  i.    Hari Komunikasi Malaysia (Mei 2011)
                                ii.    Asia Pasific Region (Ogos 2011)
                               iii.    World JOTA (Oktober 2011)
e.    International Day of Peace (September 2011)
f.     Perkhemahan Pengakap Selepas UPSR (Oktober 2011)
g.    Jambori Pengakap Malaysia di Terengganu (19-25 Nov)
6.    Lain-Lain Hal
a.    Penyediaan Buku log
b.    Maklumat terkini di papan kenyataan Pengakap
c.    Peringatan Pakaian Unit Beruniform Pengakap pada setiap hari Rabu
7.    Nyanyian lagu-lagu pengakap
8.    Bersurai