18 Mac 2011

Laporan Korobori Malaysia 2011

Gembira, berilmu, berdisiplin

Korobori Malaysia merupakan perhimpunan Pengakap khas buat Pengakap Kanak-kanak. Korobori ini menjadi medium penterjemah matlamat penubuhan pergerakan Pengakap terutamanya ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial ke tahap yang lebih baik melalui aktiviti, permainan, kemahiran, lawatan dan kebudayaan. 

Seramai 10 orang PKK dari Kumpulan 49KJ melalui Kontinjen Pengakap Negeri Johor telah mengikuti Korobori ini. Peserta telah melaksanakan semua tugasan dan aktiviti dengan jayanya. Peserta diharap dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang berguna dengan rakan-rakan Pek di sekolah. Moga berjumpa lagi di lain ketika.

49KJ di Korobori


Tiada ulasan:

Catat Ulasan