02 Mac 2011

Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa Pengakap Sekolah-sekolah Kulaijaya Bil 1/2011

Mesyuarat Pengurusan Telah berlansung pada 2 Mac 2011 bermula jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat SK Sedenak. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan DC Kulaijaya En Ramli Sarip dan dihadiri oleh 55 orang Pemimpin Pengakap sekolah-sekolah daerah Kulaijaya. Turut sama hadir di dalam Mesyuarat ini ialah En Rosli bin Husin (Penyelia Kokurikulum Kulaijaya). Mesyuarat membentangkan jumlah pendaftaran tahun 2010 dan prosedur Pendaftaran Keahlian serta Kumpulan 2011. Ahli mesyuarat juga dimaklumkan berkaitan program Pengakap Daerah Kulaijaya untuk tahun 2011 dan mencadangkan ahli jawatankuasa untuk Perhimpunan Pengakap Daerah Kulaijaya 2011. Mesyuarat berlansung dengan lancar dan ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Pemimpin Pengakap Wanita

Para Pemimpin Pengakap Daerah Kulaijaya yang komited

Pemimpin Pengakap Lelaki

Tuan DC, En Rosli (PPD), En Suhaimi dan En Osman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan