18 Mac 2011

Laporan Korobori Malaysia 2011

Gembira, berilmu, berdisiplin

Korobori Malaysia merupakan perhimpunan Pengakap khas buat Pengakap Kanak-kanak. Korobori ini menjadi medium penterjemah matlamat penubuhan pergerakan Pengakap terutamanya ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial ke tahap yang lebih baik melalui aktiviti, permainan, kemahiran, lawatan dan kebudayaan. 

Seramai 10 orang PKK dari Kumpulan 49KJ melalui Kontinjen Pengakap Negeri Johor telah mengikuti Korobori ini. Peserta telah melaksanakan semua tugasan dan aktiviti dengan jayanya. Peserta diharap dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang berguna dengan rakan-rakan Pek di sekolah. Moga berjumpa lagi di lain ketika.

49KJ di Korobori


09 Mac 2011

Bengkel Pengenalan Zapin Tenglu

Salam Pengakap,

Pada 21Mac 2011 (Hari Isnin) akan diadakan satu Bengkel Pengenalan Zapin Tenglu oleh pengasasnya iaitu Pak Akob. Maklumat adalah seperti berikut:

     Tempat : Dewan Terbuka SKTKK2
     Masa: 2.00 - 4.00 petang.
     Penyertaan : Percuma  (untuk sijil penyertaan bayaran RM10.00 sahaja.)

Adalah diharapkan supaya ahli Pengakap dapat turut sama menyertai bengkel ini seterusnya memudahkan anda untuk mendapat lencana kegemaran (berhibur) dan membuat persembahan yang mantap ketika perkhemahan. Jumpa saya atau Cik Suraihan segera sebelum cuti sekolah.

07 Mac 2011

Korobori Pengakap Malaysia 2011

Salam Pengakap,

Pengakap Daerah Kulaijaya melalui Kontinjen Pengakap Malaysia Negeri Johor akan menyertai Korobori Kebangsaan Malaysia 2011 pada cuti pertengahan penggal ini. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: 12-16 Mac 2011
Tempat: Kem Pengakap Bukit Katil Melaka
Bayaran: RM 160 (Yuran korobori, makan/minum, T-shirt, lencana, skaf, sijil, pengangkutan pergi/balik, pengangkutan lawatan, aktiviti dan insuran)


49KJ akan menghantar 10 orang PKK dan 1 orang Pemimpin seperti berikut:
 
Bil
Nama Guru Pengiring
1
EN. MOHD AFIQ BIN IMAM (017-777 3117)

Bil
Nama Peserta
1
MUHAMMAD NUR SYAFIQ BIN SELAMAT
2
MUHAMAD AMEER RIEZMAN BIN MOHD FADIL
3
MUHAMMAD ARIF BIN MOHMAD ASRI
4
MUHAMAD IMRAN BIN AZHARIN
5
AHMAD NABIL AIMAN  B. AHMAD FARIS
6
IMAN NUR HAKIM BIN ROSDAN
7
MUHAMMAD HERRIS BIN HASIM
8
MOHD ADAM BIN ABDUL HARIS
9
AZIM FIKRI BIN MOHD NIZAM
10
MOHAMMAD AIMAN BIN HAMDAN


Sekalung terima kasih kepada ibu bapa, pihak sekolah, individu dan PIBG atas sumbangan menjayakan program ini dan kebenaran tuan/puan membenarkan anak-anak pengakap ini mengecapi pengalaman baru.

Surat kebenaran KPM , Surat Makluman & Borang Korobori Kontinjen Johor

06 Mac 2011

Ahli PKK Bertugas di MSS Daerah Kulaijaya

Pada 1 hingga 4 Mac 2011, seramai 25 orang ahli PKK Ke-49 telah bertugas sebagai Quartermaster Kebersihan di Kejohanan Olahraga MSSD Kulaijaya. Berkongsi tugasan bersama SK Taman Kota Kulai, ahli PKK ini menjalanlkan tugasan dengan cemerlang sekali demi memastikan tahap kebersihan terutamanya di khemah-khemah kontinjen dan peserta di tahap maksimum. Ahli Quartermaster dan Pengurusan Stadium Mini Kulaijaya telah meletakkan plastik dan tong sampah di tempat yang strategik. Namun masih ada peserta, pegawai dan pengunjung yang tidak tahu menggunakan kemudahan tersebut dan meninggalkan sampah-sarap mereka sesuka hati. Jadilah masyarakat yang peduli akan kebersihan demi kesejahteraan kehidupan bersama.

Makan dulu sebelum bertugas
PKK peduli kebersihan
Berseronok dan bergambar sebelum pulang

02 Mac 2011

Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa Pengakap Sekolah-sekolah Kulaijaya Bil 1/2011

Mesyuarat Pengurusan Telah berlansung pada 2 Mac 2011 bermula jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat SK Sedenak. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan DC Kulaijaya En Ramli Sarip dan dihadiri oleh 55 orang Pemimpin Pengakap sekolah-sekolah daerah Kulaijaya. Turut sama hadir di dalam Mesyuarat ini ialah En Rosli bin Husin (Penyelia Kokurikulum Kulaijaya). Mesyuarat membentangkan jumlah pendaftaran tahun 2010 dan prosedur Pendaftaran Keahlian serta Kumpulan 2011. Ahli mesyuarat juga dimaklumkan berkaitan program Pengakap Daerah Kulaijaya untuk tahun 2011 dan mencadangkan ahli jawatankuasa untuk Perhimpunan Pengakap Daerah Kulaijaya 2011. Mesyuarat berlansung dengan lancar dan ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Pemimpin Pengakap Wanita

Para Pemimpin Pengakap Daerah Kulaijaya yang komited

Pemimpin Pengakap Lelaki

Tuan DC, En Rosli (PPD), En Suhaimi dan En Osman